Apabila Diberitahu Umurnya Tidak Panjang, Pengantin Perempuan Ini Telah Membuat Perubahan Besar Dalam Hidupnya Dan Kesannya Sangat Luar Biasa

Apabila diberitahu umurnya tidak panjang, pengantin perempuan ini telah membuat perubahan besar dalam hidupnya dan kesannya sangat luar biasa

Peribahasa “di mana ada kemahuan di situ ada jalan” yang bermaksud sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh dalam mengusahakan sesuatu atau berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pasti akan mampu melaksanakannya sangat dekat dengan Jessica Bean. Gadis yang berusia 28 tahun ini telah membuktikan dengan berusaha bersungguh-sungguh dia dapat mengatasi masalah yang besar.

Sejak dilahirkan, Jessica telah menderita penyakit kronik dan ia mula bertambah kritikal. Doktor yang merawatnya memberitahu, “awak akan menjalani pemindahan paru-paru dua kali”.

“Menjalani kehidupan dengan cystic fibrosis (penyakit serius yang menyebabkan kelenjar di dalam paru-paru dan organ-organ lain, seperti hati dan pankreas tidak berfungsi dengan betul) adalah perkara yang sukar. Terdapat lendir yang tebal dan melekit dalam paru-paru saya.” katanya.

Jessica terpaksa mengambil 40 biji pil sehari untuk mengawal keadaannya. Katanya kepada Dailymail, dia perlu makan kira-kira 4,000 kalori sehari untuk mengekalkan berat badannya, kerana tubuhnya bergelut untuk bernafas dan menyerap nutrien dengan betul. Seperti ramai orang, dietnya terdiri daripada kandungan gula yang tinggi.

Pada suatu hari keadaan Jessica bertambah teruk.

Jessica memberitahu dia gemar melakukan aktiviti seperti mengembara, melakukan kerja-kerja kebajikan dan misinya adalah untuk menyelamatkan dunia. Namun sebelum dia dapat menyelamatkan orang lain, dia perlu membantu dirinya sendiri terlebih dahulu.

“Tiba-tiba paru-paru saya tidak dapat bertahan lagi. Saya tidak dapat keluar minum kopi bersama rakan-rakan dan saya tidak ada tenaga. Setiap kali saya melakukan sesuatu pasti saya akan tercungap-cungap dan teman lelaki saya Cameron akan melakukan semuanya untuk saya,” kata Jessica kepada Dailymail.

Jessica berkata ketika usianya 21 tahun, paru-parunya hanya berfungsi sebanyak 30 peratus. Doktor memberitahu dia perlu menjalani pemindahan paru-paru dua kali atau dia akan mati. Namanya telah disenaraikan sebagai penerima paru-paru dan dia berpindah dari kampung di Queensland ke Tasmania supaya lebih dekat dengan hospital besar.

Jessica dan Cameron memutuskan untuk berkahwin.

Jessica berasa takut untuk mati, dia dan kekasihnya telah membuat rancangan untuk berkahwin. Jessica telah merancang majlis perkahwianannya walaupun hanya dari katil hospital. Dia mahu majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. “Saya mahu semuanya nampak sempurna. Ini akan menjadi kenangan terakhir paling manis dalam hidup Cameron.”

Hari perkahwinan mereka tiba dan kebetulan dia bertemu dengan suami jurugambar perkahwinannya, Gary Fettke, yang telah memberikan nasihat supaya hidup tanpa gula. Dia menggalakkan Jessica untuk mencubanya dan Jessica memutuskan untuk melakukannya.

“Daripada makan makanan ringan dan snek, Cameron mula membawakan makanan yang lebih berkhasiat untuk saya di hospital seperti kacang dan alpukat.” Membuat pilihan untuk menghentikan pengambilan gula daripada dietnya adalah salah satu perkara terbaik yang mampu dilakukannya.

Dia menjelaskan kepada Dailymail bahawa apabila dia makan makanan yang lebih sihat, dia melihat perubahan tahap kesihatannya lebih cepat. Kapasiti paru-parunya meningkat dan doktor memutuskan untuk membawanya menjalani ujian perubatan di Australia. Disebabkan tahap kesihatannya semakin stabil Jessica telah lulus menjalani ujian tersebut.

Menurut Jessica, sejak menjalani ujian itu, dia tidak lagi muntah sejurus bangun daripada tidur dan dia dapat bernafas seperti orang lain.

Selepas beberapa minggu, Jessica akhirnya sembuh.

Gaya hidup bebas gula Jessica pada dasarnya mengubah kesihatan dan pandangannya terhadap kehidupan. Dia tidak lagi bimbang akan kematiannya dan kini menjadi jurulatih kesihatan dan kecergasan. Dia berkongsi bahawa “makan makanan sihat adalah cara terbaik untuk hidup saya.”

“Beberapa tahun yang lalu, saya sedang bersedia untuk mati, kini saya mempunyai kerjaya dan dapat menikmati cuti dan menonton wayang. Saya sangat bernasib baik kerana masih hidup dan terima kasih kepada pembuangan gula,” katanya.

Sumber: Epoch Times

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*