[Video] Baru Kahwen Memang La ‘SWEET’ Bagai.. Lepas Kahwin Baru Tahu Perangai Sebenar, Fattah Amin Mengamuk!! Baling Barang Fazzura!!

[Video] Baru Kahwen Memang La ‘SWEET’ Bagai.. Lepas Kahwin Baru Tahu Perangai Sebenar, Fattah Amin Mengamuk!! Baling Barang Fazzura!!

Cakap lepas sudah kahwin hanya sisi sweet dan manja sahaja akan di tunjukkan oleh pasangan kita? Begitu juga dengan selebriti terkenal iaitu Fazura dan juga suami iaitu Fattah Amin. Kehidupan mereka berdua di lihat sangat bahagia namun ada juga dalam sisi lain, Fattah dan juga Fazura perlu bertoleransi dalam banyak hal.

Ketika berada di luar negara dan shopping, Fattah lebih suka melihat-lihat dan kurang membeli. Namun Fazura akan mengambil masa yang sangat lama untuk memilih banyak barang dan paling di sukainya adalah kasut. Ada waktunya Fattah sangat terkejut melihat sang isteri membeli banyak pasang kasut pada masa yang sama perlu buat suami lama menunggu.Kata Fattah, dia boleh bersabar kerana sayangkan isteri.Haha.

Di rumah, mereka mempunyai satu ruang kerja yang lengkap dengan susun atur untuk sebarang dokumen. Di katakan ruang kerja itu menjadi ruang kegemaran Fattah dan juga Fazura termasuk ketika menggunakan laptop. Di ruang ini juga Fattah biasa berbincang dengan PAnya untuk sebarang kerja.

Dek kerana ia menjadi satu ruang yang di sukai kedua-duanya, makanya selalu juga berlaku si isteri mahu kosongkan meja dan membuang barang-barang sang suami dan begitu juga sebaliknya.

Dalam rakaman video ini,terlihat Fattah membalas semula perbuatan Fazura dengan mahu membuang beg pink kesayangannya. Haha. Mungkin inilah di katakan manis berumah tangga, ada teman untuk bercerita,tempat bermanja dan teman bergaduh. Kan?

 

Sesuatu Berlaku Ketika Resepsi Fattah Amin dan Fazura.. ‘Amboi Baiknya Dia’ Lihat Video

Ahad lalu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura sekali lagi mengadakan majlis persandingan mereka buat kali kedua. Majlis resepsi yang bertempat di Royale Palace, Shah Alam itu adalah bertujuan untuk meraikan peminatnya. Memang meriah sungguh!

Paling menarik perhatian netizen adalah satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna twitter. Fattah dilihat sedang mengangkat seorang budak kecil yang stuck di kalangan peminatnya. Amboi baiknya dia!

Video berdurasi 45 saat ini membuatkan netizen memuji pasangan ini. Ramai menganggap Fattah dan Fazura merupakan selebriti yang merendah diri. Memang patut dijadikan contoh.

Ramai Netizen Mengeluarkan Kata Kata Pujian Kepada Mereka

Rakaman ketika budak kecik itu tersangkut dan di’selamat’kan oleh Fattah Amin

Video perkahwinan Fattah dan Fazura

Sumber : Farhana via OhBulan

[VIDEO] Lebih 5,000 peminat rai persandingan Fattah, Fazura

SHAH ALAM 11 Mac – Lebih 5,000 peminat menghadiri majlis persandingan pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung di Royale Palace, di sini hari ini.

Menariknya, pasangan yang dikenali dengan panggilan Fattzura itu turut memberikan kejutan dengan membuat persembahan duet istimewa menyanyikan lagu Cinderella.

Pasangan pelakon filem Wani­ta Terakhir itu juga mesra melayan peminat yang ingin mengabadikan gambar kenangan bersama-sama mereka sepanjang majlis berlangsung.

Dalam pada itu, Fattah mengambil peluang memberikan ucapan penghargaan buat peminatnya dan Fazura.

“Jutaan terima kasih kepada semua peminat yang sudi hadir pada majlis hari ini. Dengan cara ini sahajalah saya dan isteri dapat membalas budi anda yang selama ini menyokong kami.

“Kami ikhlas menyambut kehadiran anda semua dan kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda semua,” katanya

Majlis resepsi hari ini berlangsung dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada sebelah pagi yang membabitkan kenalan terdekat, penaja dan tetamu kenamaan.
 Sementara sesi sebelah petang pula bagi meraikan peminat mereka yang dijemput menerusi laman sosial Instagram milik Fattah dan Fazura.
 Artis-artis terkenal seperti Khai Bahar, Yusrizan Usop atau Bob AF, Syura, Fazli Zainal turut hadir memeriahkan majlis serta turut mengadakan persembahan istimewa buat pasangan mempelai dan peminat.

Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November lalu dan te­lah mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di ibu kota pada 25 Februari yang dihadiri tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, rakan artis serta kenalan terdekat.

SUMBER : Utusan Online Via GedebakViral via Kakitular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*