Gempar!!! Isu Naik Nafsu Syahwat dan Berahi Ketika Bersentuhan dan Mendukung Emma, Ini Penjelasan Aiman Yang Buat Jejaka Luar Sangat Cemburu..

Pelakon Aiman Hakim menjelaskan babak bersentuhan bersama aktres Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak hanyalah adegan biasa dan tidak keterlaluan.

“Kita kena hentikan isu-isu yang melibatkan bersentuhan dan memberikan fokus terhadap jalan cerita yang disampaikan.

“Kalau hanya fokus berkenaan isu ini rasanya macam hipokrit pula. Kenapa bila tonton filem luar negara dan ada adegan bercium kita boleh sifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang romantik sedangkan filem tempatan kita tidak boleh terima walaupun adengan yang ditunjukkan itu tidak keterlaluan.

“Bagi saya itu tidak adil, lebih baik berikan fokus terhadap jalan cerita filem daripada perkara lain.
“Saya tak rasa pun babak bersentuhan dan mengendong Emma itu mampu menaikkan nafsu sesiapa yang menontonnya, Kimchi Untuk Awak adalah sebuah filem romantik komedi dan berkenaan dengan cinta,” katanya.

Aiman Hakim ditemui selepas malam gala Kimchi Untuk Awak yang berlangsung di GSC Pavillion, baru-baru ini.

Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 28, berkata dia tidak menolak untuk melakukan babak tersebut kerana menghormati jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah.

“Saya dah terima skrip tersebut, jalan ceritanya memang begitu dan saya tidak mahu menjadi hipokrit.

“Sebagai seorang pelakon saya harus menghormati skrip dan saya harap penonton dapat melihat pada jalan ceritanya dan bukannya sudut negatif,” jelasnya.

Selain Aiman, Kimchi Untuk Awak turut dibintangi oleh Emma Maembong, Janna Nick, Dira Abu Zahar, Ungku Hariz dan Sharifah Sakinah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*