Boy Iman Muat Naik Foto Kad Pelajar PHD, Lihat Jawapan UM!

Sedikit reda isu didakwa terlibat dengan penipuan rumah murah, Boy Iman kembali menjadi bualan di laman sosial apabila memuatnaik gambar kad pelajar Universiti Malaya dan mengatakan dia sudah mendaftar sebagai pelajar di universiti terkemuka itu.

Namun, kenyataan balas pihak universiti pada pagi Jumaat ternyata mengejutkan ramai pihak. Apa sebenarnya yang berlaku?

Buat mereka bergelar pakcik makcik bawang

 

Boy Iman memuatnaik gambar kad pelajar universiti itu pada 30 Mac lalu dengan kapsyen berbaur sindiran kepada mereka ‘bergelar pakcik makcik bawang’. Kad pelajarnya itu turut menyertakan keterangan tahap pengajiannya iaitu doktor falsafah dalam bidang pengurusan perniagaan.

Ini penjelasan Universiti Malaya

Pihak universiti itu kemudiannya menjelaskan status pendaftaran ahli perniagaan itu menerusi Twitternya. Menurut pengendali akaun itu, pihak UM mengesahkan tiada pendaftaran atas nama Norul Iman bin A Rahman sebagai calon Doktor Falsafah di universiti itu.

Reaksi netizen

Bersihkan nama UM

Sumber: Universiti of Malaya

Kredit:OhBulan

TERKINI! “Tiada Pendaftaran Nama Datuk Boy Iman Sebagai Calon Doktor Falsafah” – Universiti Malaya. 5 Kes Panas Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman! No 5 Paling Memalukan

Universiti Malaya menerusi sebuah kenyataan media hari ini menjelaskan status pendaftaran calon Doktor Falsafah Datuk Boy Iman.

Nama pelakon itu disahkan tidak pernah didaftarkan sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di universiti tersebut.

“Universiti Malaya ingin menarik perhatian umum berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

“Pihak UM telah membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM. Sekian, terima kasih,” maklum kenyataan tersebut.

Datuk Dr. Boy Iman sebelum ini pernah memuat naik entri di Instagramnya membuktikan kredibilitinya memiliki Doktor Falsafah dari Universiti Malaya lengkap berserta sekeping fail tertera nama dan gambarnya.

“Buat mereka yang bergelar pak cik bawang dan mak cik bawang,” tulis Boy Iman.

5 Kes Panas Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman! No 5 Paling Memalukan

Kasihan pula kami lihat pada Dato Boy Iman kerana setiap apa yang dilakukannya pasti akan dikecam netizen. Boleh dikatakan hampir semua perkara menimbulkan kontroversi. Buat anda yang terlepas pandang, 5 kes ini tercalit kontroversi DBI.

1. Menubuhkan Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman

Sewaktu tularnya pertubuhan ini, rata -rata netizen telah mengecam DBI gara – gara pengeluaranT-shirt dan sticker Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman. Ketika itu, DBIdianugerahkan pangkat ‘ayah’ di dalam Persatuan Pekida dan turut menubuhkan persatuannya sendiri.

2. Isu pembelian Dato

Sewaktu mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari Kerajaan Naning, sudahpun mencetuskan kontroversi apabila pangkat itu tidak diiktiraf oleh mana – mana kerajaan negeri mahupun negara.

 

Tidak cukup dengan itu, DBI turut mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari kerajaan negeri Pahang. Kecaman hebat terus dilemparkan buat beliau kerana beliau hanya memuat naik gambar di hadapan pintu istana sehingga membuat ramai pihak mempertikaikan taraf dato tersebut.

3. Taraf kedoktoran yang tidak diiktiraf

Selain isu pangkat DatoDBI juga telah mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor oleh sebuah universiti swasta luar negara.

 

Namun yang menjadi persoalan adalah majlis konvokesyen beliau hanya dibuat ringkas di dalam sebuah dewan yang dihiasi belon dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja, berbeza dengan istiadat konvokesyen yang lazim kita lihat.

4. Kes penyelewengan hartanah

Kes paling panas dikaitkan dengan beliau! Setelah ramai pihak ragu – ragu dengan nilai rumah yang dijual oleh syarikat DBI, timbul pula dakwaan beberapa individu yang mendakwa ditipu oleh syarikat beliau. Malah beberapa institusi turut menafikan mereka memberi pengiktirafan dan kelulusan bekerjasama dengan syarikat DBI.

5. Filem Blok 404

Suatu ketika dahulu filem ini pernah mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita seram yang berbeza dari filem lain ketika itu. Tahun 2017 telah menyaksikan pembikinan semula filem ini dan DBI bertindak sebagai pengarah dan pelakon filem remake ini.

Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila DBI membuat kenyataan bahawa pelakon Tasha Shilla akan berlakon dalam filem ini. Akui tidak selesa dihimpit pelbagai persoalan, Tasha Shilla melalui instagram nya tampil menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut dan turut menggelar DBI sebagai pakcik.

Pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan DBI. Apapun, kami di Hangat mendoakan Dato Boy Iman akan terus sukses dengan setiap bidang yang diceburi dan dapat membuka mata mereka yang selalu menindas beliau.

sumber: .pendekarhitam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*