INGAT LAGI AKTRES JANET KHOO. INI WAJAH TERKINI BELIAU DI UMUR 43 TAHUN YANG MENGEJUTKAN ANDA!!

“Saya bersyukur kerana memiliki kulit wajah yang sihat. Sebagai wanita, pastinya kita mahu kelihatan sentiasa cantik,” katanya kepada BH Online.

Tambah Janet, cara pemikiran positif juga antara faktor seseorang mampu mendapat kulit yang lebih sihat.

Katanya, setiap kali dilanda masalah, beliau akan mengambil pendekatan untuk berfikir secara positif agar diri lebih tenang.

“Jika berada dalam keadaan tertekan, fikiran kita bercelaru, sekali gus kulit wajah menjadi kusam.

“Sebab itu orang kata, sentiasa berfikiran positif. Apabila berfikiran sedemikian, kita akan kekal ceria, sekali gus seri wajah pun akan naik,” ujarnya.

Janet kini tampil menerusi drama Lara Aishah yang menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima

PENGIKUT MEDIA SOSIAL BUKAN PENENTU TAWARAN BERLAKON

“Apabila perbincangan harga mengenai sesebuah tawaran lakonan diadakan, saya tidak akan cakap, ‘lihatlah berapa banyak pengikut saya. Sesuai dengan harga yang saya minta.’


AKTRES berpengalaman, Janet Khoo. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

“Itu bukan caranya dan saya percaya kebanyakan pelakon senior lain tidak akan bercakap begitu kerana kami pentingkan kualiti dan hasil lakonan yang diberi.

“Jika produser kerap menetapkan harga pelakon berdasarkan pengikut di laman sosial, saya risau lama kelamaan karya seni tempatan akan hancur secara tidak langsung,” katanya.

Sementara itu, Janet berkata, beliau adalah seorang daripada golongan minoriti yang tidak mengamalkan penggunaan laman sosial sebagai jalinan perhubungan dengan rakan dan peminatnya.

Kata pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Idaman ini, beliau lebih senang hidup dalam keadaan ‘misteri’, tanpa umum melihat cara kehidupan hariannya.

“Kehidupan harian adalah perkara yang sangat peribadi, sebab itu saya kurang gemar dengan penggunaan laman sosial.

“Dan, ini adalah jalan terbaik untuk diri saya agar masyarakat pun kurang tahu mengenai kehidupan harian saya. Kiranya, peminat tahu mengenai kerja-kerja lakonan saja,” tuturnya.

JANET akui beliau adalah golongan minoriti yang tidak mengamalkan penggunaan laman sosial sebagai jalinan perhubungan dengan rakan dan peminatnya. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Dalam pada itu, diusik mengenai status dirinya, Janet berkata, beliau masih solo dan belum pernah mendirikan rumah tangga.

Mengakui berkawan dengan beberapa lelaki, namun Janet enggan terlalu memikirkannya dan lebih senang membiarkan jodoh ditentukan takdir.

“Saya ada ramai teman lelaki, tinggal nak dijodohkan saja. Mungkin belum tiba masanya. Lagipun, kalau hidup solo sekali pun saya tidak kisah.

“Apatah lagi apabila mendengar mengenai berita pasangan suami isteri yang bercerai, timbul juga rasa takut untuk berkahwin. Apapun saya terima sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti,” tuturnya.

Tampil menerusi lakonan terbaharu dalam drama Lara Aishah yang menemui penonton sebuah saluran berbayar sejak 29 Ogos lalu, Janet menyifatkan naskhah daripada Global Station itu mempunyai kelainan.

“Ramai kawan seangkatan saya turut terbabit dalam drama rantaian ini seperti Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof dan Anne Abdullah.

“Ia juga sebuah naskhah yang menarik untuk ditonton, dengan jalan ceritanya sukar dijangka,” ujarnya mengenai drama yang turut menampilkan Fasha Sandha.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*