INFO Nama gelaran adik-beradik yang betul. Ramai yang salah gunakan selama ini

Ramai tidak tahu akan gelaran sebenar adik beradik. Info ini dikongsikan daripada Power Viral yang boleh kita kongsikan kepada rakan-rakan kita juga keluarga supaya ia tidak hilang dek zaman.


Nama gelaran biasa kita guna:
Anak pertama : Along
Anak kedua : Angah
Anak ketiga : Alang
Anak keempat : Atih
Anak kelima : Andak
Anak keenam : Uda
Anak ketujuh : Tam
Anak kelapan : Acik
Anak kesembilan : Anjang
Anak kesepuluh : Usu

Definisi Kamus Dewan:
Tetapi kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, gelaran adik-beradik yang betul adalah macam di bawah ini:

1. Anak sulung : Anak yang pertama
2. Anak ngah : Anak yang kedua
3. Anak : Nama timang-timangan bagi anak yang ketiga
4. Utih* : a)Panggilan untuk anak yang keempat; b) Nama timang-timangan untuk anak yang keenam.
5. Anak panjang : Anak yang kelima
6. Anak putih : Anak yang keenam
7. Anak hitam : Anak yang ketujuh
8. Anak muda : a) orang yang masih muda, pemuda; b) anak yang kelapan

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan definisi dari Kamus Dewan ini:

Anak pertama : Anak sulung – along – paklong/maklong
Anak kedua : Anak ngah – angah – pakngah/makngah
Anak ketiga : Alang – paklang/maklang
Anak keempat : Utih – paktih/maktih (Pahang)*
Anak kelima : Anak panjang – anjang – pak anjang/mak anjang
Anak keenam : Anak putih – utih – paktih/maktih (Perak)*
Anak ketujuh : Anak hitam – tam – paktam/maktam
Anak kelapan : Anak muda – uda – pak uda/mak uda


Gelaran mengikut Loghat Utara
Tetapi kalau mengikut loghat negeri, mungkin akan ada istilah yang lain. sebagai contoh, di bahagian utara untuk anak pertama sahaja dah ada macam-macam gelaran yang lain. Contohnya :

1. Cha’ (cha-alif-ain) – pak cha’/mak cha’
2. Wa – pakwa/makwa —————————————- (ni gelaran untuk aku)
3. Long (along) – paklong/maklong

Hmmm…macam-macam yang ada kan? Ada lagi tidak gelaran adik beradik yang korang boleh kongsikan?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*