(Foto) Akibat Kebasahan Hujan Ternampak Sesuatu Di Atas Superbike..

Menaiki motorsikal berkuasa besar ada tatacaranya. Pemakaian yang dicadangkan perlu mementingkan aspek keselamatan penunggang.

Tapi kalau dah macam ni punya pakai, basah pulak kena hujan, bukan tuan punya badan sahaja yang membahayakan dirinya, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Seksi akak oiii!

Pengalaman pertama kali bersama Yati, ‘Malam ni I tunggu you di bilik yaa…’

Yati adalah seorang wanita yang lemah lembut pemalu dan sopan riuk wajahnya tak tumpah seperti seorang pelakun. Cerita inilah merupakan pengalaman yang manis aku bersama yati yang tidak dapat dilupakan.
Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil “Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”.

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.

Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?” Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh… no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.”

Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati “Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar.

Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.

Fuhhhh… .Syok ape… Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,

“Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku “Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati “I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat “Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.
‘Pasangan Lalok’ Berasmara Ketika Ditahan..

DUNGUN -Tiga pasangan sedang asyik berasmara ditahan dalam keadaan separuh bogel dalam dua operasi berasingan Ops Tapis yang dilakukan di sekitar Paka, di sini.

Tiga pasangan itu antara 23 lelaki yang berjaya ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dungun.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 20 lelaki dan 3 wanita berusia di antara 18 hingga 43 tahun termasuk tiga pasangan kekasih kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan berkhalwat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, menerusi operasi pertama serbuan dilakukan di sebuah inap desa di Paka yang berjaya menahan dua pasangan di dalam bilik berasingan.

“Ketika serbuan di bilik pertama didapati seorang lelaki bujang bersama seorang janda berusia 28 tahun sedang berpelukan dan berada dalam keadaan separuh bogel.

“Turut dijumpai 90 biji pil kuda dan 10 gram syabu bersama janda itu.. serbuan dilakukan menggunakan kunci pendua.

“Manakala, di sebuah lagi bilik pasangan muda berusia 18 dan 23 tahun sedang asyik berkucupan dan berpeluk ditahan.. pemeriksaan mendapati terdapat lima biji pil kuda dalam poket seluar lelaki,” katanya.

Kata Ahmad Zailani, hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati kedua-dua pasangan itu positif dadah dan pernah ditahan sebelum ini serta kes mereka diserahkan kepada Majlis Agama Islam Dungun kerana disyaki berkhalwat.

“Menerusi Operasi itu juga seramai 13 lelaki ditahan termasuk dua daripadanya berada di luar inap desa yang diserbu, manakala selebihnya di sekitar Paka dan kesemua mereka disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, serbuan kedua yang diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail bersama tujuh lagi anggota dilakukan di Nibong stesen iaitu di dua rumah berasingan berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 tahun.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai pengedar dadah bersama rampasan tiga botol heroin dengan anggaran berat 15.3 gram.

“Manakala di sebuah bilik sepasang kekasih berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam keadaan sedang berpelukan selain ketika itu terdapat ibunya di dalam rumah berkenaan yang disyaki bersubahat,” katanya.

Kata beliau, pasangan tersebut didapati positif dadah manakala seorang lagi lelaki berusia 29 tahun turut ditahan di luar rumah.

Seterusnya serbuan dilakukan ke sebuah lagi rumah dan pihak polis berjaya menahan dua lelaki serta empat botol heroin dengan anggaran berat 31 gram bersama 170 biji pil kuda yang diletakkan di dalam beg sandang.

“Pasangan kekasih itu turut diserahkan kepada Majlis Agama Islam Dungun untuk tindakan lanjut dan kesemua yang ditahan juga ditahan reman untuk siasatan seterusnya.

“Kes mereka juga disiasat di bawah seksyen 39 (B) ADB 1952 dan kesemua yang ditahan juga difahamkan mempunyai rekod lampau serta menjalani tahanan reman dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*