AL-FATIHAH BUAT NURLIYANA ABDUL RAZIFF.. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat.

Al-fatihah buat Nurliyana bte Abdul Razziff yang telah kembali kepada penciptanya pada jam 8:30 malam sebentar tadi.

Jenazah akan dikebumikan esok di Banting sebelum zohor. Mari sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah

Terimakasih pada semua rakan2 FB…saudara mara yg tidak henti2 mendoakan keselamatan dia selama ni.oleh ITU sy doakan semoga Allah permudahkan semua urusan Kita…..Amin…

Doa buat Nurliyana

Kuala Lumpur: Pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di bahagian lehernya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Bapanya, Abdul Raziff Muhammad Radzi, 55, berkata, pembedahan dilakukan selama empat jam bermula jam 7 pagi semalam.

“Selepas pembedahan membuang para tiroid, Liyana kini ditempatkan di Pusat Anaesthesia Rawatan Rapi (PACU) HKL bagi pemantauan selama 24 jam oleh doktor pakar sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bimbang berlaku jangkitan kuman walaupun selepas pembedahan kerana antibodi Liyana lemah.

“Saya juga sudah berjumpa dengan Liyana pada jam 5 petang tadi (semalam). Nurliyana sudah sedar dan apabila saya bercakap dengannya dia memberikan reaksi dengan mengangguk kepala,” katanya ketika ditemui di Institut Urologi dan Nefrologi, HKL di sini, semalam.

Abdul Raziff berkata, pihaknya dimaklumkan doktor pakar selepas pembedahan dilakukan, keadaan bengkak di bahagian mulut dan rahang anaknya itu berkemungkinan akan surut.

“Namun sekiranya masih tidak surut, doktor pakar akan berbincang semula dengan keluarga bagi menentukan rawatan bersesuaian sama ada dengan melakukan pembedahan susulan di bahagian mulut atau kaedah lain.

“Kami harap Nurliyana akan pulih dengan segera selepas pembedahan ini.

“Kami amat berterima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami sekeluarga serta tidak putus mendoakan agar anak sulung kami diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penderitaan Nurliyana yang disahkan menghidap para tiroid sejak 2016 menyebabkan tulang rahangnya membesar dan bahagian dalam mulut terkeluar serta turut menjejaskan penglihatan.

Berat badannya turut menyusut daripada 55 kilogram kepada 23 kilogram manakala ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

Sebelum ini, doktor pakar tidak mengesyorkan Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid, sebaliknya perlu mencari kaedah rawatan sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*