20 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH UNIK SELURUH NEGARA.. NO 9 TU PALING ‘RARE’

Perbezaan budaya dan peraturan membuat seragam sekolah di seluruh dunia berbeza, walaupun tidak jarang sama.

Bagi kita yang biasa menggunakan seragam dengan dua warna, putih biru gelap untuk sekolah rendah, dan putih biru untuk sekolah menengah, mesti agak pelik dengan pakaian seragam sekolah negara-negara lain yang bentuknya sangat berbeza.

Mari kita lihat pakaian seragam sekolah dari negara lain seperti berikut.

1. Jepun

Pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang disebut “seifuku” menjadi terkenal melalui buku komik dan cerita kartun animasi.

Blouse berwarna biru laut, skirt berlipat, kasut bertumit dan stoking paras lutut adalah satu kewajiban bagi mereka. Pada musim sejuk mereka tetap memakai pakaian seragam ini.

Untuk pengetahuan anda, pelajar-pelajar perempuan akan menggunakan gam khas supaya stoking tidak melurut ke bawah.

 

 

2. Great Britain

Di England, pemakaian seragam sekolah adalah wajib ke atas setiap pelajar. Pemilihan pakaian seragam sekolah berwarna biru dipercayai untuk mengajar pelajar supaya lebih teratur dan tenang.

Kini, setiap sekolah mempunyai simbol dan pakaian seragam tersendiri. Ada juga sekolah yang sangat tegas di mana mereka tidak membenarkan pelajar memakai pakaian pendek ketika musim panas.

Seperti yang dapat anda lihat, pelajar lelaki ini memakai skirt ke sekolah sebagai tanda protes terhadap pemakaian seragam sekolah.

 

 

3. Australia

Sistem pendidikan Australia banyak mengambil kaedah pengajaran dan pembelajaran dari Great Britain. Ini termasuk pakaian seragam sekolah seperti yang dapat anda lihat tetapi mereka lebih terbuka dan berwarna cerah. Kebanyakan sekolah meminta pelajar memakai topi disebabkan cuaca panas.

 

 

4. Rusia

Pada tahun 90-an, pemakaian pakaian seragam sekolah dimansuhkan namun sejak tahun 2013, setiap pentadbiran sekolah bebas untuk membuat peraturan sendiri mengenai pakaian sekolah.

Ada sekolah yang mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sekolah dan ada juga sekolah yang hanya menetapkan kemeja berwarna putih manakala seluar atau skirtberwarna gelap.

 

 

5. Cuba

Terdapat beberapa variasi pakaian seragam sekolah di Cuba. Antaranya ialah kemeja putih dan skirt atau seluar pendek berwarna merah dan tali leher sama ada berwarna biru atau merah.

 

 

6. China

Pelajar China mempunyai beberapa jenis pakaian seragam sekolah sama ada semasa cuti atau hari biasa, semasa musim panas atau musim sejuk. Pemakaian seragam sekolah pada setiap hari kelihatan seperti pakaian sukan.

 

 

7. Ghana

Setiap kanak-kanak perlu memakai pakaian seragam tetapi Ghana yang merupakan negara berpendapatan rendah dan tahap kemiskinan yang sangat tinggi menyebabkan kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana ibu bapa tidak mampu membelikan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak mereka.

Pada tahun 2010, pihak kerajaan telah menyalurkan bantuan pakaian seragam sekolah secara percuma ke seluruh bandar.

 

 

8. Syria

Sebelum berlakunya isu politik, pakaian seragam sekolah di Syria berubah daripada warna khaki kepada warna yang lebih terang seperti biru, kelabu dan merah jambu.

 

 

9. Bhutan

Antara negara di seluruh dunia yang menjadikan pakaian tradisional sebagai pakaian seragam sekolah ialah Bhutan.

Pakaian pelajar perempuan disebut “kira” manakala pakaian pelajar lelaki disebut “gho”. Dahulu pelajar-pelajar membawa semua buku teks dan peralatan sekolah lain di dalam pakaian mereka dan kini mereka membawa beg sekolah namun masih ada pelajar yang masih mengikuti cara lama. Unik bukan?

10. Korea Selatan

Bagi peminat drama Korea, anda pasti sudah sedia maklum pakaian sekolah negara tersebut melalui drama-drama Korea yang berkisahkan kehidupan pelajar sekolah.

Pelajar-pelajar Korea menghadiri kelas dari pagi hingga petang dan masa mereka banyak dihabiskan di sekolah.

Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara mereka merasakan sekolah adalah tempat yang romantik. Setiap sekolah mempunyai kod pakaian yang tersendiri namun pakaian seragam agak terkenal biarpun di luar sekolah atau antara selebriti.

 

11. Korea Utara

Di Korea Utara, pemakaian seragam sekolah adalah wajib. Pelajar perempuan memakai gaun manakala pelajar lelaki memakai kemeja dan seluar. Namun yang paling penting ialah kain scarf berwarna merah sebagai simbol menyokong parti politik Korea Utara.

 

12. India

Hampir semua sekolah di India mewajibkan pelajarnya memakai pakaian seragam sekolah.

Pelajar lelaki diwajibkan memakai kemeja berbutang, seluar pendek, stoking dan kasut berwarna gelap. Manakala pelajar perempuan pula diwajibkan memakai skirt labuh dan seluar panjang berserta kasut.

 

13. Vietnam

Pakaian sekolah rendah dan menengah lebih kurang sama dengan negara kita cuma bezanya ialah pakaian seragam sekolah menengah pelajar perempuan.

Mereka memakai pakaian berwarna putih yang disebut “ao dai” yang merupakan pakaian tradisional masyarakat Vietnam.

Ada sekolah yang mewajibkan pelajar perempuan memakainya setiap hari dan ada juga sekolah yang menuntut pelajar perempuan memakainya pada acara-acara tertentu.

 

14. Indonesia

Di Indonesia, pemakaian pakaian seragam sekolah adalah berbeza mengikut tahap pendidikan. Semua sekolah mengenakan kemeja berwarna putih manakala warna seluar atau skirt adalah berbeza sama ada merah, biru gelap atau kelabu.

 

15. Malaysia

Malaysia juga tidak terkecuali dalam kewajipan memakai pakaian seragam sekolah.

Di mana-mana sekolah, pelajar biasa akan memakai kemeja atau baju kurung berwarna putih bersama seluar hijau lumut atau kain atau skirt berwarna biru turquoise.

Bagi pelajar yang berjawatan seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas atau penolong ketua kelas pula dituntut berpakaian khas sama ada warna biru, merah jambu, coklat, kuning atau ungu mengikut sekolah masing-masing.

16. England

 

17. Jordan

 

18.Thailand

 

19. Taiwan

 

20. Somalia

Pelajar di Somalia menggunakan seragam yang menutup aurat sepenuhnya. Ia wajar kerana Somalia majoritinya beragama Islam.Bagaimana? Menarik dan unik bukan? Apa pula pendapat anda mengenai pemakaian pakaian seragam sekolah ini?

Pakaian seragam sekolah negara manakah yang menjadi pilihan anda?

Walau apa pun yang anda fikirkan, jika anda masih bersekolah, nikmatilah saat-saat manis anda berpakaian sekolah kerana selepas tamat persekolahan, anda sudah tidak berpeluang lagi untuk memakai pakaian yang cukup bernilai itu.

Sumber: Warta Hud-Hud

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*