Imam Palestin Meninggal Dunia Di Gombak..Polis Turut Menemui 2 Slug Peluru! 10 Das Di Kepala…

“Imam Fadi berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.

“Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami. Semoga syahid buat Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.”

Utusan Online hari ini melaporkan Fadi ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal berhampiran sebuah apartmen di Jalan Meranti, Medan Idaman di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan oleh suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh sebelum ditembak seorang daripada suspek.

“Buat masa ini siasatan sedang dijalankan dan kes ini kita siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*