Imam Palestin Meninggal Dunia Di Gombak..Polis Turut Menemui 2 Slug Peluru! 10 Das Di Kepala…

“Imam Fadi berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.

“Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami. Semoga syahid buat Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.”

Utusan Online hari ini melaporkan Fadi ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal berhampiran sebuah apartmen di Jalan Meranti, Medan Idaman di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan oleh suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh sebelum ditembak seorang daripada suspek.

“Buat masa ini siasatan sedang dijalankan dan kes ini kita siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

PENSYARAH universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati ketika berjalan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh, hari ini.Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu kira-kira jam 6 pagi.Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,  katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran,” katanya yang memaklumkan satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian.

#kw jenayah, kes tembak, imam, Gombak

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*