Kenapa Zul Ariffin Muat Naik Gambar Lucah? – Ini Pula Penjelasan Dari Beliau

 

Semalam kecoh di laman Twitter apabila rata-rata terkejut dengan tindakan pelakon terkenal, Zul Ariffin yang memuat naik gambar lucah di laman Insta Storynya.

Difahamkan gambar berkenaan merupakan gambar kemaluan lelaki yang ditutup bahagian hadapan menggunakan emoji.

Walau bagaimanapun foto berkenaan yang telah dimuat naik dipercayai dipadam daripada laman Instagram Zul selepas beberapa minit.

Namun gambar berkenaan sempat di’screenshot’ dan dikongsikan oleh pengguna Twitter di laman sosial.

Tidak berdiam diri, kelab peminat Zul Ariffin, @zulariffinfc tampil memberikan penjelasan.

Menurut mereka, laman Instagram Zul telah ‘dihacked’ dan Zul telah membuang gambar berkenaan daripada laman Instagramnya.
Malah mereka turut menyatakan bahawa Zul akan mengambil tindakan untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi di masa hadapan.

Sumber : Kisah Dunia
Sumber Instagram Zul Ariffin FC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*