SIAPA SANGKA PERNAH TERPALIT DENGAN KONTROVERSI GAMBAR SEKSI. KINI TELAH BERUBAH BERTUDUNG LITUP

Siapa tidak kenal dengan artis Ardell Aryana yang sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi buruk. Pelakon nama sebenar, Nurul Hidayah ini merupakan seorang model sambilan sebelum menceburi bidang lakonan. Memang cantik orangnya.

Bertambah manis apabila baru-baru ini dia sudah mula memakai hijab. Ramai netizen memuji perubahan pelakon itu. Tak kurang juga ada yang bergetar tulang rusuk. Cantik tak?

Siapa sangka artis yang pernah terpalit dengan kontorversi ini akan berubah 360 darjah.

Ardell Aryana mengakui beberapa produksi membatalkan tawaran berlakon setelah mengetahui dia kini bertudung.

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, berkata dia tidak berasa kecewa mengenai perkara tersebut kerana percaya ada rezeki lain yang datang.

“Saya sudah empat kali ditolak tawaran berlakon selepas pihak produksi dapat tahu yang saya kini sudah bertudung.

“Mungkin sebab watak yang ditawarkan tidak sesuai. Namun, saya tak rasa sedih atau kecil hati.

“Sebab saya percaya ada rezeki yang lain akan datang dan Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya ada menerima beberapa tawaran yang lebih baik,” kata Ardell kepada mStar Online.

 

Sumber https://darlingsuhana.net/2018/rfuhhh-gugur-iman-saya-tengok-berhijab-sepenuhnya-perubahan-drastik-ardell-aryana-dipuji-netizen/

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/08/ardell-bertudung/#4QkJGDqZJEG4YyHG.99

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*